ANGGOTA bertugas menyelaras operasi SAR nelayan hilang selepas bot dinaiki karam ketika keluar menangkap ikan di kuala Sungai Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat semalam. FOTO ihsan polis
ANGGOTA bertugas menyelaras operasi SAR nelayan hilang selepas bot dinaiki karam ketika keluar menangkap ikan di kuala Sungai Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat semalam. FOTO ihsan polis
Adnan Ibrahim


SEORANG nelayan ditemui lemas manakala anak saudaranya hilang selepas bot dinaiki ketika keluar menangkap ikan di kuala Sungai Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat, karam, pagi semalam.

Bot dinaiki Juwahir Buani, 62 dan Yatiman Manap, 36, karam pada 10 pagi dipercayai akibat dipukul ombak besar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mohamad Izzudin Runggai berkata, mayat Juwahir yang berasal dari Kampung Parit Mislan ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 3.30 petang semalam.

“Usaha mencari Yatiman yang bekerja sebagai pemandu lori dan berasal dari Parit Jawa, Muar masih diteruskan.

“Operasi SAR dilakukan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan nelayan setempat,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemui mangsa boleh berhubung menghubungi balai polis berdekatan atau ke bilik operasi didirikan di Jeti Sarang Buaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 4:56 PM