Izlaily Nurul Ain Hussein


JUMLAH mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor semakin berkurangan dengan hanya 2,669 orang pada 8 pagi ini.

Ia terus berkurangan sejak semalam yang mana pada 4 petang semalam mencatatkan jumlah seramai 3,957 mangsa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Johor berkata, Segamat masih terdapat 536 mangsa, manakala Mersing dengan 805 orang ditempatkan di PPS.

“Selain itu, Kluang mencatatkan 576 mangsa di PPS, Kota Tinggi (457), Pontian (187) dan Batu Pahat (108).

KETUA Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menunjukkan hasil rampasan dadah di tiga kediaman di sekitar bandar raya ini. FOTO Mary Victoria Dass.
KETUA Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menunjukkan hasil rampasan dadah di tiga kediaman di sekitar bandar raya ini. FOTO Mary Victoria Dass.

“Jumlah keluarga yang terjejas juga semakin berkurangan daripada 1,074 orang pada petang semalam kepada 716 pagi ini,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 43 PPS masih dibuka membabitkan enam daerah dengan 14 buah di Segamat, Mersing (sembilan), Kota Tinggi (enam), Pontian (tiga), Kluang (tujuh) dan Batu Pahat (empat).

“Sehingga 7 malam semalam, sebanyak 64 PPS ditutup dengan yang terakhir ditutup adalah empat buah di Segamat,” katanya.

Menurutnya, sehingga 8 pagi ini, semua jalan yang ditutup semalam sudah dibuka semula untuk semua jenis kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 10:05 AM