MANGSA banjir di Dewan Serbaguna Kota Kecil, Kota Tinggi.FOTO Mohd Azren Hamaludin
MANGSA banjir di Dewan Serbaguna Kota Kecil, Kota Tinggi.FOTO Mohd Azren Hamaludin
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor berkurangan daripada 9,487 orang kepada 8,009 orang sehingga 6 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, jumlah keluarga yang terbabit banjir juga menurun daripada 2,755 pada tengah hari tadi kepada 2,220.

Beliau berkata, enam PPS di Johor Bahru, Mersing dan Batu Pahat juga sudah ditutup menjadikan 71 PPS yang masih dibuka di Segamat, Kota Tinggi, Kluang, Muar dan Tangkak.

"Kulai dan Pontian tidak terjejas dengan bencana banjir.

"Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Segamat sehingga kini 6,253 orang terdiri daripada 1,796 keluarga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 8:38 PM