MAYAT lelaki yang ditemui di tebing Sungai Perai, Seberang Jaya. FOTO Ihsan Polis.
MAYAT lelaki yang ditemui di tebing Sungai Perai, Seberang Jaya. FOTO Ihsan Polis.
Hadzlihady Hassan


MAYAT lelaki tanpa identiti ditemui di tebing Sungai Perai berhampiran sebuah pasar raya besar di Seberang Jaya, Bukit Mertajam, malam tadi.

Penemuan pada 7.10 malam dengan mayat lelaki itu lengkap berpakaian, tersangkut di tunggul kayu penambat bot.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan mendapati mangsa berusia antara 20 hingga 50-an.

Katanya, polis percaya mangsa sudah meninggal dunia lebih daripada dua hari dan tiada sebarang dokumen peribadi ditemui padanya.

“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, siasatan juga dibuat untuk mengesahkan sama ada mangsa warga tempatan atau asing.

“Laporan lengkap dijangka akan diperoleh selepas bedah siasat, yang akan dilakukan hari ini,” katanya yang meminta orang ramai kehilangan ahli keluarga supaya tampil membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 @ 9:03 AM