Pengguna jalan raya membantu mengangkat mayat mangsa. FOTO ihsan polis
Pengguna jalan raya membantu mengangkat mayat mangsa. FOTO ihsan polis
Hadzlihady Hassan


Bukit Mertajam: Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai, hari ini.

Dalam kemalangan 9 pagi itu, Koperal Hasni Hassan, 53, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, anggota terbabit baru pulang dari tempat kerjanya di Balai Polis Bayan Lepas.

"Anggota berkenaan baru selesai bertugas dan dalam perjalanan ke rumahnya di Seberang Jaya.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 12:10 PM