ANTARA kawasan terjejas banjir kilat, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca.
ANTARA kawasan terjejas banjir kilat, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca.
Siraj Mohd Zaini


HUJAN lebat lebih dua jam bermula 3 petang hari ini, mengakibatkan beberapa kawasan di Klang dilanda banjir kilat.

Antara kawasan terjejas termasuk Taman Rashna, Taman Eng Ann dan Jalan Bukit Raja berhadapan sebuah pusat beli belah.

Ia turut mengakibatkan kesesakan di beberapa jalan utama dari Shah Alam ke Klang dan Bukit Raja.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang Samsol Maarif Saibani berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan daripada orang awam yang terkandas akibat banjir kilat itu.

“Hujan lebat dan air naik mendadak menjadi punca beberapa kawasan ditenggelami air. Kita sentiasa bersedia sekiranya keadaan memerlukan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 7:55 PM