LAPORAN portal berita Harian Metro
LAPORAN portal berita Harian Metro
BERNAMA

PENUNTUT Malaysia di Pekanbaru dan Jambi, dijadual dievakuasi keluar dari wilayah itu, esok.

Menurut sumber, penuntut yang akan dibawa pulang ke Malaysia dijadualkan bermula pagi esok manakala penuntut yang akan dievakuasi ke Jakarta dijadual tiba 6 petang.

Belum terdapat butiran lengkap mengenai penerbangan evakuasi itu.

Penuntut yang dievakuasi di Jakarta ditempatkan di Malaysia Hall dan akan menjalani rawatan pemeriksaan kesihatan.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini, seramai 280 penuntut Malaysia di Pekanbaru dan Jambi, Indonesia akan dievakuasi ekoran pengumuman darurat di Riau akibat jerebu.

Daripada jumlah itu, 160 penuntut akan dibawa pulang ke Malaysia manakala 120 akan dievakuasi ke Malaysia Hall di Jakarta, Indonesia.

Seramai 280 penuntut yang perlu dievakuasi itu terdiri daripada 183 orang di Pekanbaru dan 97 di Jambi.

Berita berkaitan

Penuntut Malaysia di Jambi alami asma

'Dalam rumah pun kena pakai topeng' [METROTV]

Pelajar dievakuasi guna penerbangan komersil

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 11:41 PM