MANGSA ketika ditemui di tempat kejadian. FOTO Ihsan Polis
MANGSA ketika ditemui di tempat kejadian. FOTO Ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


DUA pengawal keselamatan warga Nepal ditahan berhubung kes pukul penyelia syarikat keselamatan sehingga mati di Jalan 13/2, di Petaling Jaya, semalam, direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki tempatan yang turut ditahan semalam pula direman selama satu hari.

“Dua suspek warga Nepal itu direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 9 September nanti, manakala lelaki tempatan yang juga pengurus syarikat keselamatan direman selama satu hari bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan mangsa berusia 54 tahun itu ditemui polis dalam keadaan terbaring dengan lengkap berpakaian di tandas pengawal keselamatan selain terdapat kesan darah dan muntah pada mayatnya.

Mohd Zani dipetik berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dipukul berkali-kali dengan topi keledar oleh lelaki dikenali sebagai Don, jam 6.10 petang.

Berita berkaitan

'Tak dapat gaji, bunuh...

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019 @ 2:47 PM