LATHEEFA Koya. FOTO Arkib NSTP
LATHEEFA Koya. FOTO Arkib NSTP
Siti A’isyah Sukaimi


PENGARAH Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu untuk tempoh dua tahun.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata, selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009, Yang di-Pertuan Agong juga sudah memperkenankan pelantikan beliau.

“Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi kerajaan,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang banyak berjasa kepada negara selama memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Katanya, selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong memperkenankan permohonan Mohd Shukri untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau lebih awal.

Kontrak beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sepatutnya berakhir 17 Mei 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Jun 2019 @ 3:21 PM