Pendedahan Harian Metro mengenai stok ikan di perairan Semenanjung Malaysia berada pada paras kritikal.
Pendedahan Harian Metro mengenai stok ikan di perairan Semenanjung Malaysia berada pada paras kritikal.
Skuad Khas Harian Metro


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak jika isu nelayan asing menceroboh perairan negara berkait dengan masalah sistem atau salah laku.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Beebi Koya berkata, masalah pencerobohan nelayan itu adalah isu polisi yang patut dirujuk kepada Jabatan Perikanan.

Berikutan itu, katanya, pencerobohan nelayan asing yang melakukan tangkapan hasil laut bernilai tinggi perlu dirujuk kepada Jabatan Perikanan terlebih dulu.

“Jabatan Perikanan yang memberi lesen (kepada nelayan). Sama ada nelayan kita ini ada kapasiti untuk ‘compete’ (bersaing) dengan nelayan Vietnam.

“Saya cadangkan isu ini patut dirujuk kepada Jabatan Perikanan,” katanya ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad di Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

Harian Metro menerusi laporan khas bersiri sejak Isnin lalu mendedahkan stok ikan di perairan Semenanjung Malaysia berada pada paras kritikal apabila biomas sumber perikanan demersal semasa direkodkan hanya berbaki 4.4 peratus saja pada masa ini berbanding 60 tahun lalu.

Jabatan Perikanan menjangkakan stok ikan semakin merosot dan sumber hasil laut negara hanya mampu bertahan dalam tempoh 30 tahun saja lagi jika ketirisan tidak ditangani dan dikawal dengan baik.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Nohd Nawi dipetik berkata, kajian pentaksiran stok sumber perikanan di negara ini yang dijalankan pasukan penyelidik Jabatan Perikanan mencatatkan nilai biomas bagi sumber demersal, pelagik, tuna dan udang hanya tinggal 1.8 juta tan metrik dengan taksiran nilai RM18.1 bilion.

Berita berkaitan

An Thuan buka rahsia [METROTV]

Jawatankuasa kaji hukuman ke atas nelayan asing

Usah sampai kempunan [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 8:42 PM