Siti A’isyah Sukaimi


TIADA rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam letupan di Bangkok, Thailand, setakat ini yang mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang awam hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, pihaknya menasihatkan rakyat Malaysia yang melawat atau menetap di Thailand khususnya di Bangkok untuk sentiasa berjaga-jaga dan memberikan perhatian kepada aspek keselamatan peribadi pada setiap masa.

“Rakyat Malaysia yang sedang dan ingin melawat atau menetap di Thailand juga digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.

“Proses pendaftaran boleh dilakukan melalui emel atau faks,” katanya, hari ini.

Susulan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok yang terletak di 33-35, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn Bangkok 10120, Thailand menerusi talian +66-2-629 6800 atau +66-87-028 4659 (kecemasan).

Selain itu, faks boleh dikirim ke +66-2-679 2208 / +66-2-679 2270 atau emel [email protected].

Media melaporkan, beberapa letupan kecil dilaporkan kedengaran di ibu negara Thailand, sekurang-kurangnya di tiga lokasi hari ini.

Menurut laporan media Thailand, kejadian itu mengakibatkan dua pekerja pembersihan cedera.

Berita berkaitan:

  • 2 cedera letupan di Bangkok
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 8:08 PM