PETIKAN dari CCTV menunjukkan bom meletup sejurus melantun ke dalam air.
PETIKAN dari CCTV menunjukkan bom meletup sejurus melantun ke dalam air.

Bangkok: Sebutir bom dilemparkan ke Sathorn Bangkok berhampiran sebuah limbungan kapal tetapi tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan berlaku.

Saksi melaporkan bahawa bahan letupan dilemparkan pada jam 1.20 petang tadi dari Jalan Sathorn berdekatan tempat letak kereta sebelum melantun ke dalam air dan meletup di sana.

“Tiada laporan kecederaan atau kerosakan,” katanya. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 5:28 PM