Anggota unit pemusnah bom tentera Thailand dengan perlaatan lengkap memeriksa kawasan serangan bom di Pantai Patong, Phuket, hari ini. - Foto EPA
Anggota unit pemusnah bom tentera Thailand dengan perlaatan lengkap memeriksa kawasan serangan bom di Pantai Patong, Phuket, hari ini. - Foto EPA
BERNAMA

Bangkok: Rakyat Malaysia di Thailand diminta menjaga keselamatan diri dan sentiasa berhati-hati serta berwaspada dengan keadaan sekeliling, kata Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain.

Beliau mengeluarkan nasihat berkenaan kepada rakyat Malaysia yang berada di Thailand atau merancang ke negara itu dalam masa terdekat berikutan perkembangan terkini di Thailand.

Menurutnya, tiada pihak yang tahu sama ada insiden pengeboman dan serangan khianat di beberapa wilayah selatan Thai sejak malam tadi, akan berulang atau tidak.

Beberapa kejadian letupan bom dan serangan khianat di sekitar wilayah selatan Thai sejak malam semalam mengakibatkan empat mati terbunuh dan 35 lagi cedera, termsuk sejumlah pelancong asing.

Menurut Nazirah, setakat ini pihak kedutaan tidak menerima sebarang laporan kecederaan membabitkan rakyat Malaysia dan mereka yang berada di Thailand atau merancang ke negara

itu boleh menghubungi kedutaan di Bangkok di talian +66-2-6296800 (waktu bekerja) atau +66-87-0284659 (selepas waktu bekerja).

Nombor faksimili kedutaan Malaysia di ibu negara Thailand yang boleh dihubungi ialah +66-2-6792208 atau +66-2-6792270 atau emel [email protected]

Kedutaan Malaysia di Bangkok terletak di 33-35, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn.

Rakyat Malaysia juga boleh menghubungi Konsulat Jeneral negara di Songkhla di talian +66-7-4311062 atau +66-7-4316274 atau faksimili di talian +66-7-4324004, [email protected].

Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di selatan Thai itu terletak di No.4, Sukhum Road, Muang District, Songkhla 90000, Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 @ 8:39 PM