Nurul Hidayah Bahaudin


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat tiga pegawai kanannya berkuat kuasa 29 Julai ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pegawai kanan yang tersenarai adalah Penolong Pengarah (D8) Operasi Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Muhammad Zawawi Ismail bertukar ke Ketua Penolong Pengarah (D8) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Pegawai Turus E2C Cawangan Khas Bukit Aman Asisten Komisioner Aida Abdul Hamid pula bertukar ke Penolong Pengarah Pengurusan (Pembangunan) Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

“Juruiring kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Asisten Komisioner Kaderi Said bertukar ke Timbalan Komander Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Julai 2019 @ 12:33 AM