ALLAUDEEN bertukar ke Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS Bukit Aman. FOTO Arkib NSTP
ALLAUDEEN bertukar ke Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS Bukit Aman. FOTO Arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat 49 pegawai kanannya berkuat kuasa pada 18 Mei nanti.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, antara pegawai terbabit dalam pertukaran itu Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Allaudeen Abdul Majid yang bertukar ke Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS Bukit Aman.

“Deputi Komisioner Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidik dan Pembangunan) Bukit Aman Datuk Abd Razak Elias ditukar ke Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS Bukit Aman.

“Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Md Zainal Rahmat pula bertukar ke Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusli Mohd Noor ditukar ke Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Asmawati berkata, Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Normah Ishak bertukar ke Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Khaw Kok Chin bertukar ke Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Ketua Penolong Pengarah (Pematuhan) Bahagian Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad pula ditukar ke Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Abdul Majid ditukar ke Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat Deputi Komisioner,” katanya.

Beliau berkata, Pegawai Turus E2C Cawangan Khas Bukit Aman Asisten Komisioner Aida Abdul Hamid ditukar ke Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan ditukar ke Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dengan memangku jawatan Senior Asisten Komisioner.

“Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof pula bertukar ke Ketua Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 5:26 PM