ASMAWATI
ASMAWATI
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad mengetuai senarai kenaikan pangkat dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Bahagian Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Bukit Aman, Superintendan Venugopal Navaretnam dalam kenyataan berkata, seramai 10 pegawai kanan polis diumumkan pertukaran dan penyelarasan berkuat kuasa 13 Februari depan.

Katanya, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sharifah Hawariah Syed Idrus bertukar jawatan sebagai Timbalan Pengarah Narkotik Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Jawatan beliau akan diambil alih Asisten Komisioner Latt Mazura Mansor yang kini menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Persatuan/Syarikat), Jabatan Siasatan Komersil, Bukit Aman.

“Manakala Pegawai Penyiasat Kanan (Jenayah Korporat), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Superintendan R Rajagopal akan mengambil alih jawatan Asisten Komisioner Latt Mazura Mansor dan turut memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Moktar Md Noor pula akan bertukar jawatan sebagai Ketua Bahagian Perundangan PDRM, Urus Setia KPN (Pentadbiran), Bukit Aman dan turut memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 11:02 AM