MOHAMED Azmin. FOTO Arkib NSTP
MOHAMED Azmin. FOTO Arkib NSTP
Faliq Lajim


DAKWAAN ‘orang dalam’ oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkenaan penularan video seks yang membabitkan dirinya adalah tuduhan yang biasa.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua pihak termasuk Mohamed Azmin perlu memberikan ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan dan tolak politik jijik.

“Beri ruang bermaksud beri kerjasama polis menjalankan siasatan tanpa gangguan, bukannya dalam bentuk buat atau melayan tuduhan baharu.

“Sebaiknya-baiknya kita fokus dengan isu ini dengan tidak kemudiannya menyebut satu lagi tuduhan di atas satu tuduhan yang sedang dihadapi.

“Satu tuduhan tidak boleh dibaiki dengan satu tuduhan yang lain. Tiada kebijaksanaan di situ,” katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pembangunan Industri Kewangan Malaysia (MIDF), di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, beliau sudah berpuluh tahun mengenali Azmin dan berjuang bersama-sama.

“Saya percaya beri ruang pada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian ini,” katanya.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dilaporkan yakin penularan video seks yang didakwa membabitkan dirinya didalangi oleh ‘orang dalam’.

Mohamed Azmin turut dilaporkan berkata yang beliau turut yakin ia agenda politik individu tertentu yang bertujuan menyekat kemaraan prestasinya dalam kerajaan dan politik.

Berita berkaitan

Kes video lucah: Kaji undang-undang privasi

Haziq dah hantar surat tunjuk sebab

Azmin dah beri keterangan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 5:04 PM