TIMBALAN Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Noor Halim Nordin pada sidang media rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa. FOTO Zaman Huri Isa
TIMBALAN Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Noor Halim Nordin pada sidang media rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa. FOTO Zaman Huri Isa
Hazira Ahmad Zaidi


EMPAT sahabat ditahan bersama dadah heroin dan syabu seberat 459.5 gram (g) bernilai lebih RM8,000 dalam serbuan di Kampung Padang Bongor di sini, malam tadi.

Dalam serbuan jam 9.30 malam itu, semua suspek termasuk seorang wanita berusia 26 hingga 36 tahun ditahan dalam Operasi Tapin di sebuah rumah sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Noor Halim Nordin berkata serbuan dilakukan, hasil risikan dan maklumat orang orang awam.

“Ketika serbuan dilakukan, semua suspek berada di ruangan berasingan di dalam rumah sama.

“Hasil pemeriksaan menemui beberapa bungkus plastik di atas lantai berisi heroin dan syabu bernilai lebih RM 8,075 ditemui berdekatan suspek yang ketika itu masing-masing berada di ruang tamu dan juga bilik tidur. “Sebuah motosikal Honda EX-5 dan kereta Perodua Viva turut disita dengan jumlah keseluruhan RM21,000.

Difahamkan bekalan dadah diperoleh dari Pulau Pinang untuk dibawa ke Raub, Pahang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati dua daripada suspek positif methampetamine dan semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 16 Jun untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1052 dan Seksyen 39B akta sama,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 4:40 PM