BERNAMA

GANGGUAN bekalan air sementara di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Selangor sudah pulih selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat yang terjejas dengan masalah peralatan penapisan mekanikal tersumbat dan terpelantik, kembali beroperasi tengah hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan hari ini, memohon maaf atas sebarang kesulitan akibat gangguan itu dan mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit dalam mempercepatkan kerja pemulihan.

Malam tadi, SYABAS memaklumkan gangguan bekalan air itu disebabkan alat penapisan mekanikal tersumbat dan terpelantik di loji berkenaan kerana kuantiti sampah sarap yang banyak terkumpul pada muka sauk akibat hujan lebat di hulu sungai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Jun 2019 @ 8:34 PM