Hamizah Badiran

SETIAP kali tibanya Ramadan, pasti memori menyambutnya pada zaman kanak-kanak bersama adik-beradik menggamit sanubari.

Ketika ayah memujuk agar bertahan melawan lapar dan dahaga, ibu pula tidak putus memuji kesungguhan anak-anaknya dengan janji 'pulangan' (hadiah) yang menarik.

Percaya atau tidak, hadiah itu sudah cukup menggembirakan hati sebagai upah berjaya melaksanakan ibadah puasa walaupun cuma untuk sehari sahaja.

SUASANA malam dan cahaya lampu bergemerlapan pada waktu malam di kampung sangat mengagumkan dan ia dapat dirakam dengan begitu terperinci menggunakan 'Night Mode' pada kamera HUAWEI P30 Pro kerana keupayaan teknologi sensornya yang membolehkan tona warna dilihat jelas, tepat dan amat berkualiti.

Selain itu, setiap hari ibu menyediakan juadah berbuka puasa seperti gulai daging batang pisang yang walaupun sederhana tetapi lazat buat sekeluarga

Tambah manis, kadang-kadang ayah juga akan membawa semua anaknya ke bazar Ramadan menaiki motosikal kapcainya untuk membeli kuih-muih tradisional selain melihat kemeriahan umat Islam berniaga di bulan puasa.

MENGGUNAKAN fungsi Aperture Mode, fokus dengan kesan bokeh diberikan kepada kuih cara manis kegemaran ramai ini yang boleh didapati di bazar Ramadan.
MENGGUNAKAN fungsi Aperture Mode, fokus dengan kesan bokeh diberikan kepada kuih cara manis kegemaran ramai ini yang boleh didapati di bazar Ramadan.

Malam pula, cahaya pelita menemani langkah kaki ke masjid bersama keluarga tercinta menimbulkan suasana cukup indah.

Menjelang raya pula, mereka yang menetap di kota mula berlumba-lumba pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu ibu-bapa, datuk, nenek dan saudara-mara di desa.

WALAUPUN pencahayaan kurang atau rendah, keindahan pemandangan bulan nan indah di malam hari menjelang Syawal jelas kelihatan apabila dirakam menggunakan 'Night Mode' HUAWEI P30 Pro.
WALAUPUN pencahayaan kurang atau rendah, keindahan pemandangan bulan nan indah di malam hari menjelang Syawal jelas kelihatan apabila dirakam menggunakan 'Night Mode' HUAWEI P30 Pro.

Walaupun terpaksa bersesak di lebuh raya dan mengambil masa berjam lamanya untuk sampai ke kampung, ia berbaloi kerana ketika itulah ‘feel’ raya amat dirasai.

Apatah lagi, lagu raya berjudul Balik Kampung dendangan penyanyi legenda Allahyarham Sudirman Haji Arshad mengiringi perjalanan pulang ke kampung itu.

BUNGA raya yang kembang mekar nyata mempesona lantas menambah keceriaan Hari Raya Aidilfitri apatah lagi ia boleh dirakam dengan 'Macro Mode' HUAWEI P30 Pro untuk gambar dekat dan kabur di belakang bagi lebih kejelasan.

Kini segalanya berbeza seiring dengan kemajuan teknologi. Momen indah bersama keluarga dan rakan-rakan ketika menyambut musim perayaan seperti Ramadan dan Syawal mahupun acara penting lain lebih senang dirakam dengan adanya telefon pintar yang terbina kamera berteknologi di dalamnya.

BAGI yang risau dengan jumlah pengambilan kalori pada makanan, jangan bimbang lagi kerana juadah buka puasa atau raya anda kini boleh diambil mengikut kadar diingini dengan adanya mod 'AI Calorie Counter' pada kamera HUAWEI P30 Pro.

Masakan tidak, gambar hidangan berbuka puasa yang disiapkan sejam sebelum waktunya 'wajib' dikongsi bersama teman menerusi laman sosial masing-masing.

Anda mahu beraya dengan telefon pintar baru? Inilah masanya apabila Huawei menawarkan hadiah peranti Huawei M3 Lite berharga RM989.

Bertemakan ‘Lebih Dekat Hari Raya Ini Dengan Semua Diingini’, kempen bermula 3 Mei hingga 16 Jun ini, anda mungkin salah seorang pemenang daripada 999 unit model berkenaan yang ditawarkan Huawei.

Caranya mudah! Hanya perlu ikuti tiga langkah ditetapkan iaitu imbas kod QR atau layari https://HUAWEI-raya.com/

Kemudian, jawab soalan serta lengkapkan butiran peribadi anda dan jangan lupa kepilkan bersama resit pembelian. Pemenang akan diumumkan menerusi Facebook Huawei Mobile MY pada 30 Jun ini.

Sementara itu, berita baik buat pelanggan Huawei yang tidak sempat menyertai kempen ‘Level-up’ menaik taraf telefon pintar lama ke siri P30 kerana tempoh kempen dilanjutkan sehingga 4 Jun ini.

Ini berikutan kempen yang berakhir April lalu mendapat sambutan hangat dan Huawei mahu memberi peluang kepada pelanggan yang tidak berkesempatan, untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan suasana lebih ceria.

Kesinambungan kempen ini juga, dua lagi model boleh menyertai ‘Level-up’ iaitu Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro 128GB, selain mengekalkan peranti berjenama sebelum ini.

Bayangkan anda anda mampu menjimatkan sehingga RM2,600 untuk peranti Huawei Mate 20 Pro 256 GB menerusi kempen naik taraf siri P30.

Untuk maklumat lanjut mengenai program HUAWEI ‘Level Up’, lawati https://consumer.huawei.com/my/campaign/huawei-p30-series-trade-in-deals/

Salam Ramadan dan selamat mencuba!

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 4:34 PM