Kuala Lumpur: Berita baik buat pelanggan HUAWEI yang tidak sempat menyertai kempen ‘Level-up’ menaik taraf telefon pintar lama ke siri P30 kerana tempoh kempen dilanjutkan sehingga 4 Jun ini.

Ini berikutan kempen yang berakhir April lalu mendapat sambutan hangat dan HUAWEI mahu memberi peluang kepada pelanggan yang tidak berkesempatan, untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan suasana lebih ceria.

Kesinambungan kempen ini juga, dua lagi model boleh menyertai ‘Level-up’ iaitu HUAWEI Mate 20 dan HUAWEI Mate 20 Pro 128GB, selain mengekalkan peranti berjenama sebelum ini.

Bayangkan anda anda mampu menjimatkan sehingga RM2,600 untuk peranti HUAWEI Mate 20 Pro 256 GB menerusi kempen naik taraf siri P30.

Peranti terbabit adalah HUAWEI Mate 8 32GB, HUAWEI Mate 8 64GB, HUAWEI Mate S, HUAWEI Mate 9, HUAWEI Mate 9 Pro HUAWEI Mate 10, HUAWEI Mate 10 Pro, HUAWEI Mate 20, HUAWEI Mate 20 X, HUAWEI Mate 20 Pro, HUAWEI Mate 20 Pro 256GB, HUAWEI P9 32GB, HUAWEI P9 64GB, HUAWEI P9 PLUS 64GB, HUAWEI P10, HUAWEI P10 Plus, HUAWEI P20, HUAWEI P20 Pro, HUAWEI nova 2 Plus, HUAWEI nova 2i, HUAWEI nova 3 dan HUAWEI nova 3i.

Caranya seperti sebelum ini iaitu anda perlu menyalin data sedia ada dan keluarkan kad SIM serta Micro SD daripada peranti.

Bawa peranti ke mana-mana HUAWEI Experience Stores terpilih untuk dinilai keadaan fizikal. Aplikasi diagnostik akan dipasang pada peranti untuk menguji fungsi termasuk kamera, pengecasan dan lain-lain.

Sebaik selesai, aplikasi akan menunjukkan nilai dagang peranti. Jika dipersetujui, kakitangan akan memberi baucar yang boleh digunakan untuk pembelian siri HUAWEI P30 di HUAWEI Experience Stores yang sama.

Pembelian ini terhad kepada satu unit siri HUAWEI P30 untuk setiap transaksi. Namun, tidak semua peranti yang layak dan HUAWEI memutuskan pengguna memiliki jenama di bawah sahaja dibenarkan menyertainya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari pautan https://consumer.HUAWEI.com/my/campaign/HUAWEI-p30-series-trade-in-deals/.

Dalam pada itu, anda mahu beraya dengan telefon pintar baru? Inilah masanya apabila HUAWEI menawarkan hadiah peranti HUAWEI M3 Lite berharga RM989.

Bertemakan ‘Lebih Dekat Hari Raya Ini Dengan Semua Diingini’, kempen bermula 3 Mei hingga 16 Jun ini, anda mungkin salah seorang pemenang daripada 999 unit model berkenaan yang ditawarkan HUAWEI.

Anda hanya perlu mengikuti tiga langkah ditetapkan iaitu imbas kod QR atau layari https://huawei-aya.com , diikuti jawab soalan serta lengkapkan butiran peribadi anda dan kemudiannya kepilkan bersama resit pembelian.Pemenang akan diumumkan menerusi Facebook HUAWEI Mobile MY pada 30 Jun ini.

Pengguna HUAWEI juga berpeluang memenangi wang tunai kira-kira RM82,960 (USD 20,000) dan hadiah menarik lain dengan hanya menyertai Anugerah NEXT Image.

Penganjuran anugerah ini untuk memberi peluang kepada pengguna telefon pintar HUAWEI merasai pengalaman berbeza menerusi peranti itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://gallery.consumer.huawei.com/en/ atau Facebook HUAWEI http://www.facebook.com/HuaweiMobileMY.

Baucar RM50 daripada HUAWEI Online Store Shop akan diberikan kepada semua pengguna mengambil bahagian.

Jadi, layari https://shop.huawei.com/my/events/huawei-next-image-2019.html. Sertailah sekarang!

Dua varian HUAWEI P30 Pro ditawarkan iaitu dengan spesifikasi memori (RAM) 8GB dan storan 256GB pada harga RM3,799 manakala storan 512GB pada harga RM4,399.

Peranti P30 pula dijual pada harga RM2,699 dan mempunyai spesifikasi 8GB RAM serta storan 128GB.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 7:15 PM