Mate30 Pro peranti pertama Huawei mampu melakukan rakaman video4K60FPS
Mate30 Pro peranti pertama Huawei mampu melakukan rakaman video4K60FPS
Syarifah Dayana Syed Bakri


SIRI Mate keluaran Huawei dikenali dengan penghasilan gambar dan video menarik berikutan kerjasama yang dijalin dengan Leica.

Huawei P9 dan P9 Plus adalah antara telefon pintar terawal menggunakan teknologi Leica Dual Camera dari Leica AG.

Kini, selepas tiga tahun, Huawei masih mengekalkan keunikan sama dengan meluaskan fungsi kamera Leica ke siri Mate apabila yang terbaharu, Mate 30 dan Mate 30 Pro turut dilengkapi keupayaan kamera dengan teknologi Leica.

Kekuatan utama model ini adalah sistem kamera yang menggabungkan sensor 40+40+8 dengan keupayaan 3D berbanding model P30 Pro sebelum ini.

TEKNOLOGI lensa terbaharu peranti Huawei Mate 30 Pro mampu merakam gambar dalam keadaan pencahayaan kurang.
TEKNOLOGI lensa terbaharu peranti Huawei Mate 30 Pro mampu merakam gambar dalam keadaan pencahayaan kurang.

Ia menampilkan Sensor SuperSensing RYYB dan Cine Camera RGGB 3:2 yang mampu menghasilkan kualiti gambar dan video mengagumkan termasuk penghasilan bokeh untuk imej video.

Dengan keupayaan 40 Megapiksel (MP) (Cine Camera, aperture f/1.8+ 40 MP (SuperSensing Camera, f/1.6

aperture, OIS) + 8 MP (Telephoto Camera, f/2.4 aperture, OIS), ia mampu menghasilkan gambar dengan kualiti setanding profesional.

Malah, gabungan sensor dan pemproses lebih tinggi, Mate 30 Pro menjadi peranti pertama Huawei yang mampu melakukan rakaman video 4K 60FPS selain mampu melakukan rakaman video gerak perlahan 7680 FPS pada resolusi 720P.

KERJASAMA antara Huawei dan Leica menghasilkan imej lebih jelas.
KERJASAMA antara Huawei dan Leica menghasilkan imej lebih jelas.

Malah, ketika menyertai satu konsert baru-baru ini, Huawei Mate 30 Pro ternyata memberi prestasi cemerlang untuk imej yang diambil pada waktu malam atau ‘Night Mode’ kerana hasil yang dipaparkan jelas walaupun dalam keadaan kurang cahaya.

Walaupun berdepan isu penggunaan platform yang sedikit berbeza dengan model sebelum ini, perkhidmatan Mudah Alih Huawei (HMS) tidak mengecewakan.

Pengguna hanya perlu rajin ‘menjelajah’ ruangan berkenaan bagi membiasakan diri dengan HMS untuk memuat turun aplikasi yang kerap digunakan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 9:10 AM