PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. FOTO NSTP
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. FOTO NSTP
Mohd Husni Mohd Noor


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dan seluruh ahli keluarga serta kerabat DiRaja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah, hari ini.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Almarhum mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada 8.50 pagi ini pada usia 88 tahun.

Difahamkan jenazah Almarhum baginda akan dibawa ke Istana Negara untuk dimandikan sebelum dibawa pulang ke Pekan.

  • Lagi berita berkaitan Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mei 2019 @ 2:57 PM