MASJID Wilayah Persekutuan menjadi lokasi sesi Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan, Selasa depan. FOTO arkib NSTP
MASJID Wilayah Persekutuan menjadi lokasi sesi Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan, Selasa depan. FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan sesi Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan, Selasa depan.

Sesi itu bertujuan menjelaskan gagasan Maqasid Syariah sebagai teras tadbir urus negara yang inklusif dan progresif.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata, sesi itu akan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

“Sesi town hall itu akan memberi penjelasan, mengukuhkan keyakinan dan memasyarakatkan pelaksanaan Maqasid Syariah selari dengan gagasan kerajaan iaitu Rahmatan Lil Alamin,” katanya.

Beliau berkata, menerusi cara itu, ia dapat mendekatkan jurang golongan sasar dengan kepimpinan tertinggi negara dan memberi penjelasan secara terus untuk menjawab segala kekeliruan mengenai dasar kerajaan.

"Ia akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan jam 9 pagi dan dijangka dihadiri perancang serta pelaksana dasar dari jabatan kerajaan, agensi swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian di Wilayah Persekutuan.

“Saya harap semua pihak dapat mengambil peluang kerana ia adalah program bermanfaat bukan saja mengenai hala tuju Islam di Malaysia, tetapi persoalan mengenai dasar yang mungkin tidak difahami sebahagian kecil individu di negara kita," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019 @ 11:06 AM