GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Poliana Ronnie Sidom


LELAKI maut selepas dipercayai terjun dari tingkat enam bangunan menara Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Sandakan, semalam.

Mayat lelaki berusia 56 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat bawah menara terbabit oleh orang ramai pada 3.35 petang.

Difahamkan, kejadian disedari orang ramai selepas terdengar dentuman kuat seperti objek berat jatuh ke tingkat bawah, sebelum pemeriksaan lanjut menemui mayat lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Police Mohd Azhar, berkata polis masih menjalankan siasatan mengenai motif kejadian.

“Mayat dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk proses bedah siasat.

“Buat masa sekarang, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 9:14 AM