KEADAAN trafik di Plaza Tol Gombak bergerak lancar ketika tinjauan menjelang akhir cuti Tahun Baru Cina semalam. FOTO Bernama
KEADAAN trafik di Plaza Tol Gombak bergerak lancar ketika tinjauan menjelang akhir cuti Tahun Baru Cina semalam. FOTO Bernama
BERNAMA

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 9 pagim hari ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik bergerak lancar di sepanjang Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Februari 2019 @ 11:41 AM