GAMBAR Hiasan (Arkib NSTP). FOTO Nurul Syazana Rose Razman
GAMBAR Hiasan (Arkib NSTP). FOTO Nurul Syazana Rose Razman
BERNAMA

ALIRAN trafik tinggi dari ibu negara menuju ke Plaza Tol Gombak, namun berada dalam keadaan terkawal.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, aliran trafik tinggi turut berlaku di laluan mendaki ke Genting Sempah.

“Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilapor lancar setakat ini,” katanya.

Setakat 9.30 pagi hari ini, selain laluan ke Plaza Tol Gombak itu dan Genting Sempah, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lain dilaporkan lancar dan terkawal.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, trafik lancar sepanjang lebuh raya PLUS, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Jun 2019 @ 10:28 AM