Keadaan trafik di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 7.50 malam, hari ini. FOTO Saddam Yusoff.
Keadaan trafik di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 7.50 malam, hari ini. FOTO Saddam Yusoff.
BERNAMA

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih perlahan setakat 10 malam, hari ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik perlahan sejauh lapan kilometer dari Plaza Tol Gombak menuju Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, aliran trafik dilapor bergerak lancar di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, setakat ini trafik hanya perlahan dari Seberang Jaya menuju ke Perai.

“Aliran trafik di kawasan lain bagaimanapun bergerak lancar,” katanya.

Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter, www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Februari 2019 @ 10:58 PM