OMAR (dua dari kiri) menunjukkan antara rampasan bakakuk pada sidang media di IPK Sabah. FOTO Malai Rosmah Tuah
OMAR (dua dari kiri) menunjukkan antara rampasan bakakuk pada sidang media di IPK Sabah. FOTO Malai Rosmah Tuah
Norasikin Daineh


POLIS Sabah merampas sembilan laras senapang buatan sendiri jenis bakakuk di beberapa daerah di negeri ini sepanjang awal Januari sehingga semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, dalam tempoh itu juga seramai 17 individu berusia 20 hingga 50-an ditahan membabitkan kes berkenaan.

“Rampasan membabitkan beberapa daerah termasuk Keningau (tiga laras); Kinabatangan (dua laras) manakala Kota Kinabalu, Lahad Datu, Tawau dan Tuaran masing-masing satu rampasan bakakuk.

“Bagi statistik tangkapan, seramai 17 ditahan termasuk di Keningau tujuh, masing-masing dua di Kinabatangan, Kota Kinabalu, Labuan, Tawau dan satu di Tawau ” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.

Omar berkata, semua mereka dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Omar berkata, tangkapan itu termasuk satu kes terbaru di Keningau apabila seorang penoreh getah cedera akibat terkena tembakan disyaki oleh pemburu haram, pada 22 Januari lalu.

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 7:13 PM