MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng ketika menyerahkan peruntukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa pada majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Pondok Berdaftar dan turut bersama Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (kiri) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh (kanan) di Kementerian Kewangan. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

BERNAMA

PENDEPOSIT Tabung Haji (TH) tidak perlu mengembalikan semula hibah yang diterima walaupun status halalnya dibangkitkan orang ramai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, penerima hibah itu tidak mengetahui mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan institusi kewangan Islam itu dan tindakan memulangkan semula wang hanya akan menimbulkan kesukaran.

“Itu bukan masalah penerima (hibah), tetapi masalah pengurusan. Jadi apa yang kita buat ialah membaiki pengurusan itu supaya mengikut cara yang betul.

“Penerima tidak perlu bimbang untuk membayar balik,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah Belanjawan 2019 untuk sekolah pondok berdaftar oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, di Putrajaya, hari ini.

Laporan bahawa pemberian hibah TH dari tahun 2014 hingga 2017 yang bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan penyata kira-kira TH merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Dis 2017, menimbulkan persoalan dalam kalangan pendeposit mengenai status halal hibah yang mereka terima.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 January 2019 @ 12:44 PM