Mohd Iskandar Ibrahim dan Ahmad Suhael Adnan dan Nur Ain Mohamed


PEMBERIAN hibah kepada pendeposit Tabung Haji (TH) sejak 2014 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata, pendedahan itu diperoleh hasil siasatan dan audit oleh syarikat juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC).

Katanya, pemberian hibah perlu memenuhi dua syarat utama iaitu aset TH perlu melebihi liabiliti manakala agensi perlu menjana keuntungan terlebih dahulu.

“PwC mendapati akaun TH diaudit berakhir 31 Disember 2017 merekodkan aset keseluruhan RM70.3 bilion, sedangkan liabiliti ialah RM74.4 bilion, menunjukkan defisiti sebanyak RM4.1 bilion.

“Pemberian hibah atau dividen oleh pengurusan TH sejak 2014 juga bertentangan dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 kerana hibah hanya boleh diberikan jika TH mencatatkan keuntungan, yang mana itu tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Berita lanjut menyusul

Berita berkaitan

Isu TH: Mujahid dedah Isnin ini

Simpanan Tabung Haji dijamin selamat

Demi Allah, tak guna wang penyimpan - Abdul Azeez [METROTV]

Polis sahkan terima laporan TH

Laporan polis terhadap Azeez, Ismee, Johan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Disember 2018 @ 11:16 AM