Bung Mokhtar (duduk tengah) pada sidang media di Kota Kinabalu. FOTO Khairull Azry Bidin
Bung Mokhtar (duduk tengah) pada sidang media di Kota Kinabalu. FOTO Khairull Azry Bidin
Suzianah Jiffar


UMNO Sabah yakin kepimpinan baharu dengan kuasa autonomi yang diberikan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) mampu membangkitkan semula parti itu di negeri ini.

UMNO Sabah yakin kepimpinan baharu parti itu sekali gus dengan kuasa autonomi yang diberikan sepenuhnya mampu membangkitkan semula UMNO di negeri ini.

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, berkata selain diberi autonomi penuh, UMNO Sabah juga kini hanya dikenali sebagai UMNO Sabah dan bukan lagi perhubungan, mulai tahun ini.

“Permintaan UMNO Sabah untuk mendapat autonomi sepenuhnya telah dipersetujui 100 peratus dan ini memberi peluang kepada kita sendiri menentukan hala tuju serta pemilihan calon yang boleh menang pada pilihan raya nanti.

“Kita juga berhak untuk menentukan dengan siapa mahu bergabung tanpa mengikut kepeipinan UMNO di Semenanjung,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat UMNO Sabah di Bangunan UMNO Sabah, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan.

Mengenai mesyuarat itu, Bung Moktar berkata, mesyuarat itu untuk mengenal pasti bahagian UMNO di Sabah yang perlu mengadakan mesyuarat agung khas (AGM), untuk memilih pimpinan baharu dalam masa terdekat.

“Ada empat bahagian yang memerlukan AGM iaitu Ranau, Tuaran, Sipitang dan Pensiangan. Pada masa ini semua ketua sayap peringkat negeri masih kekal, manakala ketua puteri bahagian yang masih kekal adalah seramai 16, wanita (14) dan pemuda (15).

“AGM ini perlu dipercepatkan dalam usaha kita untuk bangkit dalam menghadapi pilihan raya nanti. Ia kerana kekuatan di peringkat akar UMNO masih ada,” katanya.

Mengenai jika ada bekas ketua atau ahli UMNO yang mahu menyertai semula parti itu, Bung Moktar berkata perkara itu akan dipertimbangkan dan ‘wait and see’.

“UMNO Sabah juga tidak ada pakatan dengan mana-mana parti setakat ini,” katanya.

From: Thaddius

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 7:49 PM