ORANG ramai hadir menyaksikan Majlis Penutupan Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU 2018) dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2019 di pekarangan bangunan Istana Kehakiman Putrajaya. FOTO Aswadi Alias.
ORANG ramai hadir menyaksikan Majlis Penutupan Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU 2018) dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2019 di pekarangan bangunan Istana Kehakiman Putrajaya. FOTO Aswadi Alias.
Siti A’isyah Sukaimi dan Noor Atiqah Sulaiman


HUJAN tidak menghalang lebih 400,000 pengunjung meraikan sambutan Tahun Baharu 2019 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, malam ini.

Seawal 7 malam, orang ramai mula membanjiri Dataran Putrajaya meskipun acara kemuncak hanya bermula pada 11 malam.

Sambutan malam ini turut diadakan serentak dengan acara penutup Festival Light and Motion Putrajaya 2018 (LAMPU 2018) yang dianjurkan sejak 28 Disember lalu.

Acara dimulakan dengan persembahan teknik, teknologi visual dan audio terkini serta pencahayaan beresolusi tinggi di dalam pemetaan bercahaya tiga dimensi (3D) di fasad bangunan Istana Kehakiman.

Sementara itu, pengunjung Azlimi Ayub@Abdullah, 36, berkata, dia ke dataran berkenaan sejak 6 petang kerana mahu mendapatkan tempat yang strategik bagi melihat persembahan LAMPU dan bunga api.

“Sejak petang tadi saya sudah siapkan segala makanan dan tikar untuk keselesaan kami sekeluarga untuk menyambut tahun baharu.

“Setiap tahun saya datang ke i sini untuk menyambut tahun baharu. Kali ini lebih seronok kerana banyak acara yang diadakan sementara menunggu detik tahun baharu,” katanya ketika ditemui.

Dijangkakan, kiraan detik tahun baharu itu turut diserikan dengan pertunjukan bunga api secara langsung dan digital yang dipancarkan di bangunan Istana Kehakiman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Disember 2018 @ 10:53 PM