SUPERINTENDAN Shafa’aton Abu Bakar.
SUPERINTENDAN Shafa’aton Abu Bakar.
Nurul Hidayah Bahaudin


PENGASUH kepada dua beradik perempuan yang dipercayai didera ditahan di rumahnya di Desa Coalfields, Sungai Buloh, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, wanita berusia 26 tahun itu ditahan jam 3.30 petang untuk membantu siasatan.

“Wanita itu ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, ibu mangsa memuat naik status di Facebook memaklumkan dua anaknya berusia tiga tahun dan 12 bulan dipercayai didera.

Ia berikutan dia menyedari terdapat kesan lebam dan luka pada muka serta badan kedua-dua anaknya setiap kali mereka dijemput dari rumah pengasuh terbabit.

Berita berkaitan

Asyik ada kesan lebam

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 November 2018 @ 7:16 PM