LOKASI kejadian enam anggota bomba lemas bersama seorang awam di Taman Putra Perdana, Puchong. FOTO Rosdan Wahid
LOKASI kejadian enam anggota bomba lemas bersama seorang awam di Taman Putra Perdana, Puchong. FOTO Rosdan Wahid
Fazrik Kamarudin dan Nurul Hidayah Bahaudin


SELEPAS dihentikan hampir dua jam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di lombong Taman Putra Perdana berhampiran D’Island, Puchong disambung semula.

Operasi bermula pada 2 petang menggunakan khidmat dua ekor anjing pengesan dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, anjing itu akan dibawa menaiki bot ke tempat mangsa dipercayai terjatuh.

“Kita mengharapkan anjing ini dapat membantu mengesan mangsa, pencarian akan turut dilakukan di kawasan berhampiran tebing.

“Selain itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikerah untuk melakukan pencarian dengan bot di kawasan air tenang dalam radius satu kilometer,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Lagi berita berkaitan Tragedi 6 Bomba Lemas

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 2:39 PM