MARLINA (kanan) menjaga Nurul Syazwina yang menerima rawatan di hospital.
MARLINA (kanan) menjaga Nurul Syazwina yang menerima rawatan di hospital.
Norizuan Shamsuddin


“SEKARANG hospital ibarat menjadi rumah kedua buat kami selepas anak sulung disahkan menghidap kanser darah.

“Kami terpaksa berulang-alik dari Tapah ke Ipoh kerana anak perlu menjalani rawatan dan sesi kemoterapi,” kata Marlina Ismail, 38, ibu kepada pelajar tingkatan satu yang menghidap kanser darah risiko tinggi, Nurul Syazwina Sarkarwi, 13.

Anak sulung daripada dua beradik itu terpaksa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak, berikutan kerap mengalami masalah kesihatan sejak Jun tahun lalu.

Hasil ujian sum-sum tulang dilakukan oleh pakar HRPB pada Disember tahun lalu Nurul Syazwina disahkan menghidap kanser darah risiko tinggi.

Sejak itu, Marlina bersama suami, Sarkarwi Abdul Rashid, 42, perlu berulang-alik dari kediaman mereka di Tapah ke HRPB bagi memastikan anak sulung mereka mendapat rawatan.

“Kami dimaklumkan tahap kanser darah Nurul Syazwina kini sudah memasuki protokol tiga dan dia terpaksa ditahan di wad untuk menjalani sesi kemoterapi selepas dihantar ke HRPB pada Jumaat lalu.

“Kali ini anak mungkin ditahan di wad selama sebulan. Pakar memaklumkan anak saya berkemungkinan perlu menjalani pembedahan pemindahan sum-sum tulang, tapi setakat ini belum ada keputusan atau kata putus daripada pakar,” katanya ketika dihubungi.

Marlina berkata, pakar sudah mengambil sampel darah anak bongsunya, Muhammad Afiq Haikal, 10, untuk diuji sama ada sesuai untuk didermakan kepada Nurul Syazwina atau sebaliknya.

“Namun, keputusan itu negatif dan Nurul Syazwina perlu menunggu penderma lain yang lebih sesuai,” katanya.

Menurutnya, mereka keluarganya kini berdepan masalah kewangan dan tidak kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan rawatan Nurul Syazwina selepas suaminya diberhentikan kerja pada Ogos lalu.

“Suami diberhentikan kerana berikutan kerap memohon cuti, dia terpaksa kerana perlu hantar Nurul Syazwina HRPB untuk menjalani rawatan.

“Sekarang suami bekerja sebagai pemotong rumput di sebuah kilang dan saya pula menjaga kena jaga Nurul Syazwina di wad.

“Pendapatan suami sekarang memang tak cukup menampung untuk tampung kos rawatan dan belanja ulang-alik ke HRPB kerana kami tiada tidak mempunyai kenderaan sendiri serta dan perlu menyewa kereta,” katanya.

Katanya, Nurul Syazwina perlu diberikan susu khas yang dibeli di farmasi berharga RM69.90 satu tin.

“Kami juga kena sediakan lampin pakai buang dan tisu basah untuk kegunaan Nurul Syazwina sepanjang dia dirawat di wad.

“Sekurang-kurangnya kami perlu sediakan RM2,000 setiap bulan untuk tampung kos rawatan Nurul Syazwina dan perbelanjaan persekolahan adiknya,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga Nurul Syazwina boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank atas nama Marlina Ismail bernombor 158109266156.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 September 2018 @ 8:12 AM