NUR Hasyimah  bersama anaknya Ainul Mardhiah  yang mengidap kanser saraf tahap empat di Kampung Cheruk Paloh. FOTO Mohd Rafi Mamat
NUR Hasyimah bersama anaknya Ainul Mardhiah yang mengidap kanser saraf tahap empat di Kampung Cheruk Paloh. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: “Ketika usianya dua tahun empat bulan sudah 12 kali anak saya, Ainul Mardhiah Mohammed Najmi menjalani kemoterapi bagi merawat penyakit kanser saraf tahap empat dihidapinya sejak tahun lalu.

“Sejak disahkan menghidap penyakit berbahaya itu saya terpaksa berulang-alik membawa Ainul Mardhiah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),

“Kebanyakan masa dihabiskan di hospital yang sudah menjadi rumah kedua kami,” kata Nur Hasyimah Awang Hamat, 28.

Katanya, derita Ainul Mardhiah bertimpa apabila ada ketumbuhan di bahagian atas buah pinggang menyebabkan perutnya membesar dan pembedahan terpaksa dilakukan tahun lalu bagi membuang ketumbuhan itu.

Katanya, pemindahan sum-sum tulang juga terpaksa dilakukan sebelum ini selepas mendapat nasihat doktor pakar dengan kaedah digunakan adalah mengambil air sum-sum tulang anaknya untuk dirawat kemudian dimasukkan semula.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 6:15 AM