Mohd Hafizee Mohd Arop


JEREBU di Perak kini berada pada tahap sederhana dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat lokasi mencatatkan bacaan IPU antara 55 hingga 65 pada 9 pagi ini.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Taiping menjadi daerah yang mencatatkan IPU paling tinggi di negeri ini iaitu dengan bacaan IPU 65.

Ia diikuti Pegoh di Ipoh dengan bacaan IPU 64, manakala Manjung yang menjadi kawasan paling terjejas teruk semalam sudah beransur pulih dengan bacaan IPU 61.

Satu lagi lokasi di Ipoh iaitu di Tasek pula mencatatkan bacaan IPU 55.

Bacaan IPU di Tanjung Malim pula berada pada tahap baik iaitu dengan bacaan IPU 28.

Keadaan jerebu yang melanda Bandaraya Kuala Lumpur setakat jam 11 pagi bacaan indeks pencemaran udara IPU 78 mencatatkan paras bacaan sederhana. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Keadaan jerebu yang melanda Bandaraya Kuala Lumpur setakat jam 11 pagi bacaan indeks pencemaran udara IPU 78 mencatatkan paras bacaan sederhana. FOTO Zulfadhli Zulkifli

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Ogos 2018 @ 10:50 AM