Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Petaling Jaya mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap 70 atau sederhana pagi ini selepas berada di tahap tidak sihat sejak jam 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan maklumat dari laman web Air Pollutant Index Malaysia (APIMS) ia mencatatkan penurunan yang merekodkan tahap pencemaran udara tertinggi pada 5 petang semalam dengan bacaan IPU mencecah 120.

Sementara itu di bacaan IPU di Segamat, Johor naik mencecah 120 indeks pencemaran sejak jam 10 pagi hari ini walaupun menunjukkan trend penurunan sejak lewat malam semalam.

Dalam pada itu, hampir semua daerah seluruh Malaysia mencatatkan IPU sederhana 51 - 100.

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2023 @ 12:26 PM