KEBAKARAN unit rumah pangsa berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
KEBAKARAN unit rumah pangsa berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
Fazrik Kamarudin


PENDUDUK di Blok 3, Rumah Pangsa PKNS, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, gempar apabila seunit rumah di tingkat dua terbakar, petang semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 6.04 petang.

Katanya, susulan itu, dua pegawai dan 17 anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“€œPegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dan BBP Damansara bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tTiba di lokasi, api sedang marak di rumah berkenaan yang terletak di tingkat dua blok rumah pangsa itu.

“€œBomba kemudian bertindak melakukan pemadaman api di bahagian bilik dan ruang tamu rumah selain melakukan kawalan untuk mengelak api daripada merebak,”€ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Rizal berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran berkenaan.

Katanya, api memusnahkan hampir 80 peratus unit rumah terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Julai 2018 @ 10:32 AM