UNIT kediaman yang terbakar musnah keseluruhan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. FOTO ihsan Bomba
UNIT kediaman yang terbakar musnah keseluruhan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. FOTO ihsan Bomba
Rosman Shamsudin


Bidor: Satu unit rumah di tingkat empat Blok A Flat Sri Pangsa Bidor, di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, kediaman terbabit musnah keseluruhan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bidor berkata, pihaknya menerima makkumat mengenai kejadian pada 8.34 pagi yang membabitkan rumah di tingkat paling atas blok berkenaan.

"Bomba yang tiba di lokasi kejadian kemudian menggunakan satu aliran dengan dua pancutan air untuk memadamkan api.

"Usaha memadam kebakaran turut dilakukan dari dalam rumah yang terbakar itu membabitkan anggota bomba yang menggunakan alat pernafasan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi itu diketuai Pegawai Kanan Bomba l Nasir Mohd Nor turut dibantu oleh jentera dan anggota dari Balai Bomba Tapah.

Katanya, kebakaran kemudian dapat dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat pada 9.51 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2017 @ 2:12 PM