BANGUNAN pejabat kilang sarung tangan di Taman Perindustrian Putra, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, musnah dalam kebakaran, hari ini. FOTO ihsan pembaca.
BANGUNAN pejabat kilang sarung tangan di Taman Perindustrian Putra, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, musnah dalam kebakaran, hari ini. FOTO ihsan pembaca.
Nurul Hidayah Bahaudin


BANGUNAN pejabat kilang sarung tangan di Taman Perindustrian Putra, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.50 petang.

“Seramai 39 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang, BBP Damansara, BBP Kota Anggerik, BBP Saujana Utama, BBP Hang Tuah dan BBP Sentul serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bersama enam jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak di tingkat tiga bangunan pejabat terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Rizal berkata, pihaknya mengambil masa hampir dua jam untuk memadamkan kebakaran itu.

Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan pejabat kilang berkenaan yang terletak di tingkat tiga bangunan terbabit musnah sepenuhnya, manakala kawasan kilang hanya mengalami kerosakan kecil.

“Kami berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak ke kawasan kilang terbabit dan api dikawal sepenuhnya pada 8.10 malam.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan pejabat kilang berkenaan sudah ditutup ketika kejadian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Ogos 2018 @ 10:41 PM