MUKHRIZ (kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Datuk Dr Ismail Salleh (kiri)  memakaikan jubah kepada Ahmad Kassim selepas mengangkat sumpah setelah dipilih sebagai  Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah sempena Sidang Dewan Undangan Negeri dan Angkat Sumpah Adun serta Lantikan Speaker di Wisma Darul Aman. -Foto SHARUL HAFIZ ZAM

Suzalina Halid

KEMELUT pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah selesai apabila bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah Datuk Ahmad Kassim dilantik memegang jawatan itu.

Ahmad, 63, dilantik sebagai Speaker DUN Kedah melalui proses undian dalam mesyuarat pertama penggal pertama sidang DUN ke-14 di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan nama Ahmad sebagai Speaker, dan disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Dr Ismail Salleh.

Sementara itu, PAS turut mencadangkan nama bagi jawatan Speaker iaitu Pesuruhjaya PAS Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi dan disokong oleh ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali.

Melalui proses undian itu, Ahmad memperoleh 21 undi daripada ADUN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), manakala Fakhruddin mendapat 15 undi.

Ahmad dari PKR berpengalaman sebagai Ahli Parlimen Kuala Kedah selepas mengalahkan calon BN, Datuk Hashim Jahaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Berita berkaitan

Ahmad Kassim dilantik Speaker DUN Kedah, esok?

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 2:24 PM