PENGARAH Strategi Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) Syahir Sulaiman. FOTO Roslin Mat Tahir
PENGARAH Strategi Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) Syahir Sulaiman. FOTO Roslin Mat Tahir
Siraj Mohd Zaini


KRITIKAN PAS terhadap Kerajaan Persekutuan bertujuan memastikan negara ditadbir dengan baik.

Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) Syahir Sulaiman berkata, PAS adalah satu-satunya blok parti pembangkang di dalam negara yang mempunyai kredibiliti untuk menegur kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini.

Katanya, kritikan dan persoalan yang sering dilontarkan parti itu sebelum ini kerana menjalankan tugas sebagai rakyat yang prihatin terhadap negara.

“Hanya PAS yang mempunyai kredibiliti, BN (Barisan Nasional) tiada, bagaimana BN nak kritik, nak tegur rasuah kerana mereka terpalit dengan rasuah 1MDB dan seumpamanya.

“Kita juga kena tahu perkara ini, bila mana PAS kritik PH (Pakatan Harapan), bukan bermaksud PAS restu dengan kesalahan dilakukan BN, bila PAS soal PH, katanya PAS sekarang bersama Datuk Seri Najib Razak, ia adalah perkara berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel di dalam forum bertajuk Pelan Pemimpin Muda Untuk Negara, di Shah Alam, hari ini.

Ahli panel lain Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan peguam Syahredzan Johan.

Syahir mengulas dakwaan bahawa PAS dilihat ‘flip-flop’ dalam kritikannya terhadap PH sebelum ini terutamanya membabitkan isu royalti minyak di Kelantan dan Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Jun 2018 @ 10:22 PM