Setiausaha  Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), Rosmiza Kasim  (kanan)   menyampaikan sumbangan kepada  Rosmini.
Setiausaha Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), Rosmiza Kasim (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Rosmini.

Tumpat: Siapa sangka Rosmini Ibrahim, 42, yang dulu sihat dan boleh bekerja kini tidak mampu bergerak bebas dan seolah-olah ‘tertambat’ dengan tangki oksigen.

Rosmini yang menghidap penyakit paru-paru kronik bergantung hidup dengan bantuan oksigen dan langsung tidak boleh berenggang dengan tiub di hidung yang dihubungkan ke tangki oksigen yang diikat di tiang rumah.

Rosmini yang juga jururawat di Jabatan Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak 19 tahun lalu berkata, dia mengambil cuti sejak Januari lalu disebabkan situasinya yang 24 jam bergantung kepada tangki oksigen.

“Saya mula mengalami masalah paru-paru kronik ini sejak Mei tahun lalu dan sejak itu hampir setiap bulan saya dimasukkan ke wad.

“Kini keadaan saya semakin teruk dan saya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah dengan mengambil cuti berterusan. Saya kini bergantung kepada 10 tangki oksigen yang diisi semula (refill) setiap minggu,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Baru Nelayan di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mei 2018 @ 7:50 AM