SAEB Erekat. FOTO AFP
SAEB Erekat. FOTO AFP
Agensi

Ramallah: Perunding veteran Palestin Saeb Erekat dilaporkan kritikal dan terpaksa dikomakan ketika menjalani rawatan selepas mengalami komplikasi akibat Covid-19.

Saeb Erekat, Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebelum ini dikejarkan ke hospital Pusat Perubatan Hadassah.

AFP melaporkan ia selepas lelaki berusia 65 tahun mengalami masalah pernafasan kronik pada sistem respiratori.

Sebelum ini, Erekat disahkan positif Covid-19 pada 19 Oktober lalu dan sejak itu, menerima rawatan di kediamannya.

Dalam pada itu, hospital mengesahkan bahawa individu terbabit dalam keadaan serius ketika tiba di fasiliti berkenaan dan memerlukan bantuan oksigen.

Bagaimanapun, pihak berkenaan memberitahu keadaan Erekat kini stabil.

Dalam pada itu, Bernama yang memetik laporan Agensi Anadolu berkata, Erekat dikejarkan dari rumahnya di Jericho ke Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmaqdis, lokasi beliau akan mendapat rawatan perubatan khas.

Erekat menderita penyakit kronik pada sistem pernafasannya, kesan pembedahan paru-paru yang dijalaninya di Amerika Syarikat pada 2017.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 5:59 PM