LOKASI kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM148.6 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Tambun, Simpang Ampat, Pulau Pinang, pagi tadi. (Gambar kecil) Keadaan bahagian hadapan treler yang terbabit kemalangan. FOTO NSTP/IHSAN BOMBA

Audrey Dermawan

TIGA belas individu cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 148.6 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Tambun, 8.50 pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mendapati kereta pelbagai guna (MPV), treler, Honda Civic dan van Toyota Commuter terbabit dalam kemalangan.

Beliau berkata, van yang terbabit dalam kemalangan membawa 13 penumpang dengan dua daripada mereka parah, sembilan cedera dan dua lagi tidak mengalami kecederaan.

"Dua penumpang MPV juga cedera dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan selanjutnya," katanya menambah punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 April 2018 @ 11:41 AM