MUSTAFFA membaca ikrar baiah dan sumpah selepas mengumumkan calon PAS bagi kerusi Parlimen dan DUN Negeri Sembilan pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU-14 PAS Negeri Sembilan di Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan, Kampung Ismail Ampangan, Seremban, malam ini. FOTO Iqmal Haqim Rosman
MUSTAFFA membaca ikrar baiah dan sumpah selepas mengumumkan calon PAS bagi kerusi Parlimen dan DUN Negeri Sembilan pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU-14 PAS Negeri Sembilan di Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan, Kampung Ismail Ampangan, Seremban, malam ini. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


PAS Negeri Sembilan malam ini mengumumkan untuk bertanding di semua lapan kerusi Parlimen selain 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pesuruhjaya PAS Negeri, Mustaffa Daharun, berkata dua daripada keseluruhan calon adalah wanita manakala seorang lagi adalah calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri.

“Kami menampilkan ramai muka baharu kali ini iaitu kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan calon dengan hanya lima calon muka lama.

“Kami yakin untuk menang di banyak kerusi ditandingi atau jika tidak menang, sekurang-kurangnya memberi saingan sengit,” katanya pada sidang media selepas majlis pengisytiharan calon dan pelancaran manifesto PAS Negeri Sembilan di Seremban, malam ini.

Pada majlis itu, Mustaffa diumumkan bertanding di Parlimen Jempol dan DUN Senawang; Timbalan Pesuruhjaya I, Rafiei Mustapha (Parlimen Kuala Pilah dan DUN Seri Menanti); Timbalan Pesuruhjaya II, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa (Parlimen Rasah dan DUN Labu) dan Timbalan Pesuruhjaya III, Abdul Razakek Abdul Rahim (DUN Repah).

Selain itu, calon Parlimen Jelebu ialah Norman Ipin; Shariffuddin Ahmad (Seremban); Mustafa Dolah (Rembau); Mahfuz Roslan (Port Dickson) dan Mejar (B) Abdul Halim Abu Bakar (Tampin).

Calon di DUN adalah Jamalus Mansor (Chennah); Hamran Abu Hassan (Pertang); Abdul Karim Shahimi Abdul Razak (Sungai Lui); Mazly Yasin (Klawang).

Muhammad Alzukri Muhammad Yasin (Serting); Masdi Musa (Palong); Mohd Fairuz Mohd Isa (Jeram Padang); Mustafar Bakri Abdul Aziz (Bahau).

Muhammad Ghazali Abu Bakar (Lenggeng); Mohd Abu Zahrim Abdul Rahman (Nilai); Yaw Con Seng (Temiang); Rahim Yusof (Sikamat).

Hassan Mohamed (Juasseh); Fazilah Abu Samah (Senaling); Ahmad Fadzil Othman (Pilah); Kamaruddin Md Tahir (Johol).

Masita Mohamed Ali (Paroi); Rosmin Adam (Chembong); Ishak Omar (Kota).

Noor Mohamad Rizal Ishak (Linggi); Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Sri Tanjung) dan Ishak Maasin (Gemencheh).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 12:32 AM