TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Azwan Khan Osman Khan (dua kiri) bersama Ketua Pemasaran (Prabayar dan Pascabayar) Celcom Axiata Berhad, Daren Victor (tiga kiri) ketika melancarkan “Xactly You With XPax di Pusat membeli belah Pavillion. FOTO Nurul Syazana Rose Razman

Sri Ayu Kartika Amri

CELCOM Axiata Berhad, komited untuk menarik lebih ramai pelanggan daripada golongan muda menerusi pengenalan pelan prabayar dan pascabayar Xpax yang diperbaharui.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azwan Khan Osman Khan berkata, Xpax adalah pelan prabayar utama Celcom dengan kira-kira tujuh juta pelanggan.

Katanya, kali ini pengguna Xpax bebas memiliki pelan mengikut cita rasa mereka sendiri termasuk 50 peratus lebih banyak internet untuk semua pelan internet bulanan dan fleksibiliti bagi memilih sama ada pelan pascabayar atau prabayar.

"Xpax telah diberi nafas baru yang lebih segar dalam memberi pengalaman pengguna yang lebih hebat dan menawarkan fleksibiliti serta kebebasan kepada pelanggan.

"Seiring dengan usaha memperkasa pengalaman digital pengguna, kami membolehkan pelanggan memilih cara mereka sendiri dalam menyesuaikan dan memperibadikan pelan yang dipilih selari dengan gaya hidup mereka," katanya di majlis pelancaran Xactly You With Xpax di Kuala Lumpur, hari ini.

Dengan pek permulaan Xpax (RM10), pelanggan boleh menikmati internet asas 10GB percuma, kredit prabayar RM6 dan bonus internet pengaktifan sebanyak 300MB dengan tempoh sah lima hari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 April 2018 @ 3:35 PM