Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Penyedia rangkaian telekomunikasi terkemuka, Celcom Axiata Berhad (Celcom) menawarkan tawaran eksklusif sempena Ramadan serta Syawal ini dengan penjimatan menerusi pelan pascabayar syarikat berkenaan.

Ia juga sebagai usaha berterusan untuk menyokong rakyat tempatan di sepanjang Ramadan serta Aidilfitri yang bakal disambut awal Mei ini.

Menerusi penawaran berkenaan, Celcom mengumumkan pengguna pelan pascabayar Celcom MEGA, pelan Celcom MAX serta pelan Celcom Xpax akan menikmati penjimatan hebat.

Celcom akan terus memberikan perkhidmatan rangkaian yang konsisten dengan liputan terluas di seluruh negara.

Memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak sabar untuk 'balik kampung' pada raya kali ini dan juga sibuk dengan persiapan hari raya, Celcom berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia dengan menawarkan penjimatan hebat bagi keperluan kesalinghubungan mereka.

Bermula hari ini, semua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom yang baru dan sedia ada boleh menikmati pelan yang ditambahbaik di mana syarikat berkenaan menawarkan penjimatan hebat.

Ia merangkumi penawaran kesalinghubungan Internet tanpa had, membolehkan seluruh keluarga Malaysia menikmati keseronokan yang berterusan serta kekal berhubung dengan orang yang tersayang tidak kira di mana mereka berada.

Bagi Pelan Keluarga Celcom MEGA, pengguna berpeluang menikmati penjimatan peranti sehingga RM1,999 dengan telefon pintar 5G percuma termasuk peranti kedua dapat dimiliki secara percuma dengan pakej peranti Keluarga Celcom.

Bermula 2 April sehingga 31 Mei ini, pelanggan berpeluang memenangi ganjaran hebat apabila mereka melanggan sebarang pelan pascabayar, prabayar atau pelan kediaman melalui Celcom Online Shop.

Ketua Pegawai Perniagaan Pelanggan Celcom Axiata, Chee Loo Fun berkata, Celcom bersedia untuk menjadikan sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna dan memberi kesan kepada rakyat Malaysia kerana mereka boleh terus berkongsi detik perayaan kegemaran mereka secara digital dengan tawaran eksklusif Celcom yang memberi penjimatan hebat untuk seluruh keluarga mereka.

"Pada musim perayaan kali ini, pastinya rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman dan kami ingin memastikan semua pelanggan kami di samping keluarga dapat berpeluang menikmati sambutan Hari Raya yang bermakna tanpa sebarang kebimbangan.

"Kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan rangkaian yang konsisten dan boleh dipercayai kepada pelanggan dengan liputan terluas di seluruh negara," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2022 @ 4:39 PM